
Jumaat, 17/10/2025 – Seorang pegawai Program Pembangunan PBB (UNDP) berkata bahawa beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, serta negara Arab dan Eropah, telah menunjukkan kesediaan awal untuk membantu membiayai pembinaan semula Semenanjung Gaza, dengan anggaran kos sekitar $70 bilion.
Jaco Cilliers, pegawai kanan UNDP, berkata semasa sidang akhbar di Geneva bahawa serangan Israel ke atas Gaza telah meninggalkan sekurang-kurangnya 55 juta tan serpihan dan pemulihan sepenuhnya boleh mengambil masa beberapa dekad.
“Kami telah menerima isyarat yang sangat positif daripada beberapa rakan kongsi, termasuk Eropah dan Kanada, dan terdapat juga perbincangan berterusan dengan Amerika Syarikat mengenai penyertaan dalam usaha pembinaan semula,” tambah Cilliers.
Penterjemah : Dr Nurul