Categories
Berita Semasa

Al-Qassam menyerahkan mayat dua banduan Israel kepada Palang Merah

Selasa, 28/10/2025 – Sayap ketenteraan Hamas, Briged Izzuddin Al-Qassam, telah menyerahkan dua mayat tahanan Israel kepada Palang Merah pada petang Selasa.

Pejabat Perdana Menteri Israel mengesahkan pada hari yang sama bahawa Tel Aviv telah menerima dua mayat tahanan dari Semenanjung Gaza menerusi Palang Merah.

Beberapa rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan detik penyerahan mayat tahanan oleh Briged Al-Qassam kepada pihak Palang Merah. Mayat-mayat tersebut dikatakan telah dikeluarkan pada hari ini di Gaza.

Penterjemah : Farah Najwa