Categories
Berita Semasa

Abu Salmiya: 2,000 pesakit amputasi dan 5,000 pesakit kanser amat memerlukan rawatan segera di luar negara

Selasa, 28/10/2025 – Dr. Mohammed Abu Salmiya, Pengarah Kompleks Perubatan Al-Shifa, telah mengeluarkan rayuan mendesak bagi pihak para pesakit yang kehilangan anggota badan dan pesakit kanser di Gaza, menyeru masyarakat antarabangsa serta institusi global agar segera bertindak menyelamatkan nyawa mereka.

Dalam kenyataan kepada media, Dr. Abu Salmiya mengesahkan bahawa hampir 2,000 pesakit amputasi dan lebih 5,000 pesakit kanser kini amat memerlukan rawatan perubatan di luar negara.

Beliau menjelaskan bahawa senarai nama pesakit yang telah bersedia untuk dipindahkan sudah disediakan, sambil menyuarakan rasa kecewa yang mendalam terhadap penutupan berterusan di lintasan sempadan, yang dibimbangi akan meningkatkan lagi angka kematian.

Kementerian Kesihatan di Gaza sebelum ini melaporkan bahawa jumlah korban akibat pencerobohan Israel telah meningkat kepada 68,216 orang syahid, manakala 170,361 yang lain cedera sejak 7 Oktober 2023.

Penterjemah : Ezatul