
Selasa, 28/10/2025 – Menteri Keselamatan Negara Israel Itamar Ben Gvir melawat Penjara Ketziot di Negev, kelihatan bongkak ketika dia melucutkan hak asasi tahanan Palestin. Hamas mengugut untuk melaksanakan hukuman mati kepada tahanan, menyifatkan mereka mencerminkan tingkah laku fasis yang dianuti oleh pihak berkuasa pendudukan Zionist Israel.
Sebuah video yang diedarkan Khamis di media sosial menunjukkan Ben Gvir berdiri di pintu sel penjara, membuka tingkap kecil untuk mendedahkan tiga banduan duduk membongkok di atas lantai.
Dalam video itu, Ben Gvir berkata, “Semua ahli elit di lapangan, sebagaimana yang sepatutnya.” Dia menambah, “Mereka mendapat minimum, tiada jem, tiada coklat, tiada televisyen, tiada radio. Kami telah mengambil segala-galanya dari sini. Hanya akan ada satu hukuman. Hukuman mati kepada tahanan. “
Penterjemah : Hairul