Categories
Berita Semasa

Briged Al-Qassam akan menyerahkan tahanan Israel pada petang ini

Jumaat, 31/10/2025 – Briged Al-Qassam, sayap bersenjata gerakan Hamas, mengumumkan yang mereka akan menyerahkan seorang tahanan Israel pada petang ini.

Dalam satu kenyataan ringkas, briged itu mengesahkan yang penyerahan akan berlaku pada pukul 9 malam waktu Gaza, sebagai sebahagian perjanjian pertukaran tahanan Taufan Aqsa.

Satu sumber dari pihak pejuang memberitahu media yang Hamas dan kumpulan-kumpulan lain sedang berusaha keras untuk mencari mayat tahanan Israel dengan segera, ketika AS menekan untuk mempercepatkan proses.

Penterjemah : Nuridawati