Categories
Berita Semasa

Dua orang telah syahid di Khan Younis dan perundingan politik mengenai pejuang Al-Qassam di Rafah

Jumaat, 21/11/2025 – Pelanggaran Israel terhadap perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza terus berlanjutan, apabila dua warga Palestin terbunuh akibat tembakan dan serangan udara yang dilancarkan pada Isnin. Selain itu, pasukan Israel turut melakukan operasi letupan ke atas beberapa kawasan.

Sumber Palestin yang mengetahui perkembangan rundingan memaklumkan bahawa perbincangan antara para perantara dan kepimpinan Hamas masih tertumpu kepada nasib para pejuang Briged al-Qassam di bandar Rafah.

Perkhidmatan Pertahanan Awam di Gaza mengesahkan bahawa dua penduduk Palestin terbunuh dalam serangan oleh dron Israel di Bandar Bani Suhaila, timur Khan Younis, di bahagian selatan Gaza.

Sumber tempatan turut melaporkan bunyi letupan kuat sejak awal pagi, susulan serangan yang menyasarkan kawasan pedalaman bandar Rafah, bandar Bani Suhaila dan Abasan, serta kawasan sekitar timur Khan Younis. Serangan turut dilaporkan mengenai bahagian pinggir kejiranan Shujaiya dan Tuffah di timur Bandar Gaza.

Penterjemah : Farah Najwa