Categories
Berita Semasa

Pasukan pendudukan melancarkan serbuan penangkapan di Tebing Barat

Jumaat, 21/11/2025 – Pada awal pagi Selasa, pasukan pendudukan Israel melancarkan satu lagi siri serbuan di beberapa kawasan di Tebing Barat, yang disertai dengan penahanan serta tindakan ganas terhadap penduduk Palestin dan harta benda mereka.

Di Bethlehem, pasukan Israel menahan lima penduduk Palestin, termasuk dua beradik Muhammad dan Mahmoud Ahmad al-Balbul dari kawasan Haret al-Fawarah serta Mana’ al-Radi dari Jalan al-Saf di pusat Bethlehem. Turut ditahan dua beradik lain, Abdullah dan Hussein Awad Ubayyat, dari kawasan Hindaza di bahagian timur bandar tersebut, selepas kediaman mereka digeledah.

Menurut sumber tempatan, tentera Israel turut memasuki Kem Pelarian Aida dan Dheisheh, namun tiada laporan mengenai operasi geledah rumah atau penahanan di kedua-dua kem tersebut.

Penterjemah : Farah Najwa