Categories
Berita Semasa

Damsyik mengutuk lawatan Netanyahu ke selatan Syria: Pelanggaran terang-terangan terhadap resolusi Majlis Keselamatan PBB

Jumaat, 21/11/2025 – Syria pada Rabu mengecam sekeras-kerasnya lawatan mengejut Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ke zon penampan di selatan negara itu, menyifatkannya sebagai tindakan “tidak sah” dan satu pelanggaran jelas terhadap resolusi Majlis Keselamatan PBB. Kecaman ini hadir di tengah-tengah desakan antarabangsa yang semakin meningkat agar Israel menghentikan pencerobohan berulang di wilayah Syria.

Netanyahu dilaporkan tiba di kawasan tersebut bersama Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, dan Menteri Luar Negeri, Gideon Sa’ar. Mereka melawat lokasi yang menempatkan unit-unit tentera Israel di bahagian Syria dalam kawasan pemisah.

Dalam ucapannya di hadapan para anggota tentera, Netanyahu menegaskan bahawa kehadiran pasukan Israel di kawasan itu adalah “amat penting,” sambil memberi amaran bahawa tugas mereka “boleh berkembang pada bila-bila masa.”

Penterjemah : Farah Najwa