
Rabu, 03/12/2025 – Seorang pemuda Palestin ditembak dan cedera akibat serangan rejim zionis pada petang Isnin di bandar Al-Ram, utara Baitulmuqaddis, dalam satu episode terbaru serangan berterusan ke atas para pekerja Palestin dekat tembok pemisah.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan yang pasukan perubatannya merawat seorang pemuda berusia 30 tahun yang ditembak di kaki dengan peluru hidup. Beliau kemudiannya dipindahkan ke hospital.
Menurut sumber tempatan, tentera rejim mengejar sekumpulan pekerja yang cuba menyeberang tembok dan melepaskan tembakan ke arah mereka, menyebabkan salah seorang cedera.
Penterjemah : Nuridawati