Categories
Berita Semasa

Knesset Israel lulus rancangan Trump untuk menamatkan perang Gaza

Khamis, 11/12/2025 – Knesset Israel pada hari Rabu meluluskan satu resolusi yang mengguna pakai “rancangan 20 perkara” Presiden AS Donald Trump untuk menamatkan perang di Gaza.

Pengundian tersebut dijalankan tanpa kehadiran ahli-ahli Knesset daripada pihak kerajaan, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu. Resolusi itu diluluskan tanpa sebarang bantahan selepas diperkenalkan oleh ketua pembangkang, Yair Lapid.

Lapid menyatakan, “Seluruh Knesset Israel berterima kasih kepada Presiden Trump atas rancangan ini dan atas apa yang telah dicapai — membawa pulang para tebusan, menamatkan perang, dan kembali kepada kehidupan normal.” Beliau turut menyebut bahawa rancangan itu tidak pernah dibentangkan secara rasmi untuk pengundian di mana-mana badan rasmi, “sama ada dalam kabinet, kerajaan, Jawatankuasa Hal Ehwal Luar dan Pertahanan, atau sesi penuh Knesset.”

Penterjemah : Norshuhada Samudin