
Isnin, 05/01/2026 – Gerakan Hamas telah meratapi kematian lima orang komander daripada sayap bersenjatanya, Briged al-Qassam, sambil menyifatkan mereka sebagai “wira yang gugur syahid ketika bertempur dalam pertempuran ‘Taufan Al-Aqsa’.”
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Isnin, Hamas menjelaskan bahawa para komandernya gugur syahid “selepas melalui perjalanan panjang perjuangan, perancangan, persiapan dan pembinaan kekuatan dalam mempertahankan Palestin, rakyatnya, tanahnya serta tempat-tempat sucinya, khususnya Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa.”
Hamas mengenal pasti para komander tersebut sebagai Mohamed as-Sinwar, ketua staf Briged yang menggantikan Mohamed al-Deif; Mohamed Shabana, komander Briged Rafah; Hakam al-Issa, yang menyelia senjata dan perkhidmatan tempur; Raed Saad, ketua pembuatan ketenteraan; serta Hudaifa al-Kahlout (Abu Obeida), jurucakap Briged al-Qassam dan ketua media ketenteraan.
Penterjemah : Norshuhada Samudin