
Jumaat, 09/01/2026 – Tentera pendudukan Israel telah merampas 47 dunum tanah milik bandar-bandar Palestin Fandaqumiya dan Silat al-Dhahr di Jenin serta Burqa di Nablus, menurut Suruhanjaya Penentangan Penjajahan dan Tembok pada hari Isnin.
Tanah yang dirampas ini akan ditambah kepada 503 dunum tanah yang telah diambil sebelum ini daripada tiga bandar berkenaan di bawah perintah ketenteraan yang dikeluarkan bulan lalu, bagi tujuan pembinaan jalan keselamatan yang menghubungkan penempatan haram Homesh dan Sanur, yang telah dikosongkan pada tahun 2005.
Kerajaan Israel berhaluan kanan ekstrem, khususnya Menteri Kewangan Bezalel Smotrich, mengumumkan pada Ogos 2025 rancangan untuk membina semula penempatan Tebing Barat yang telah dikosongkan iaitu Homesh dan Sanur, sebagai sebahagian daripada strategi lebih besar untuk menubuhkan semula penempatan serta memperluas kehadiran Yahudi di seluruh wilayah Palestin yang diduduki.
Penterjemah : Norshuhada Samudin