
Jumaat, 09/01/2026 – Tentera Rejim Zionis melancarkan serangan-serangan udara ke atas selatan dan timur Lubnan pada petang Isnin, rentetan amaran agar mengosongkan empat kampung sekaligus melanggar perjanjian gencatan senjata.
Satu sumber Lubnan melaporkan yang Israel melancarkan empat serangan ke atas bandar-bandar di Selatan dan timur Lubnan, termasuk kampung Anan di daerah Jezzine Selatan Lubnan dan bandar Ain al-Tineh dan al-Manara di timur kawasan Beqaa, Lubnan.
Tentera rejim mendakwa yang ia telah mula menyasarkan kedudukan Hamas dan Hezbollah di Lubnan.
Penterjemah : Nuridawati