Categories
Berita Semasa

Media Gesa Campur Tangan Dera Wanita Palestin

Jumaat, 09/01/2026 – Tahanan wanita Palestin di penjara Damon telah mengalami serangan ganas berulang kali dan layanan yang memalukan sejak kebelakangan ini, sebagai sebahagian daripada dasar penindasan yang semakin meningkat yang dilaksanakan terhadap mereka atas arahan menteri keselamatan haluan kanan Itamar Ben Gvir.

Menurut Pejabat Media Asra, memetik sumber yang dimaklumkan, pasukan Zionis telah menjalankan serbuan ganas berulang kali ke atas sel-sel tahanan wanita di penjara Damon sepanjang bulan Disember.

Semasa serbuan tersebut, askar memaksa wanita yang ditahan untuk berbaring terlentang di atas lantai, menggeledah sel-sel, menggunakan anjing untuk menakutkan mereka, dan melepaskan sekurang-kurangnya satu bom tangan pegun di dalam bahagian tempat mereka ditahan.

Asra Media menambah bahawa tahanan wanita di penjara Damon sudah pun mengalami kesejukan di dalam sel, terutamanya pada waktu malam, kerana mereka dilarang tidur memakai jaket musim sejuk, sementara tingkap tanpa kaca membiarkan udara sejuk meresap masuk, sekali gus meningkatkan lagi seksaan fizikal dan psikologi mereka.

Asra Media merayu kepada kumpulan hak asasi manusia antarabangsa untuk mengambil tindakan segera bagi menamatkan penderitaan wanita Palestin di penjara Damon.

Penterjemah : Ameen