
Isnin, 19/01/2026 – Pergerakan Hamas mengatakan bahawa serangan ke atas Masjidil Aqsa oleh Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben Gvir, merupakan satu “serangan terang-terangan” dan provokasi yang disengajakan, sambil menekankan bahawa ia termasuk dalam dasar sistematik yang bertujuan untuk mencemarkan tempat-tempat suci Islam dan mengenakan fakta baharu ke atas tanah untuk meng-Yahudikan Baitulmuqaddis yang dijajah.
Dalam satu kenyataan pada hari Selasa, Hamas berkata serangan itu menunjukkan desakan kerajaan sayap kanan ekstremis Israel untuk meneruskan “perang agama” terhadap Masjidil Aqsa dan kota suci itu, mengambil kesempatan daripada apa yang digambarkannya sebagai tindak balas Arab dan Islam yang “lemah dan tidak jelas” terhadap pencerobohan sebelumnya.
Hamas memberi amaran tentang akibat daripada peningkatan ini, menegaskan bahawa Aqsa adalah “garisan merah” dan rakyat Palestin akan terus mempertahankannya daripada percubaan untuk mengenakan realiti baharu secara paksa.
Penterjemah : Hairul