
Jumaat, 20/02/2026 – Seorang remaja Palestin telah dibunuh pada petang Rabu setelah ditembak oleh polis rejim di bandar Kabul, Galilee. Beliau dilaporkan dalam keadaan kritikal sebelum diumumkan meninggal dunia.
Pasukan perubatan memindahkan pemuda yang cedera itu ke Pusat Perubatan Galilee di Nahariya, di mana kemudiannya meninggal dunia.
Sumber tempatan mengenal pasti mangsa sebagai Ahmad Mohammad Ashqar, 18. Berikutan kejadian itu, pertelingkahan tercetus di antara para pemuda tempatan dan polis rejim, manakala beberapa penangkapan dilaporkan.
Penterjemah : Nuridawati