Categories
Berita Semasa

Lanjutan penutupan sekolah dan universiti di Tebing Barat sehingga hujung minggu

Isnin, 16/03/2026 – Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi Palestin mengumumkan pada hari Isnin bahawa kelas bersemuka akan terus digantung di semua sekolah di Tebing Barat, termasuk universiti awam dan swasta, serta sekolah dan tadika yang dikendalikan oleh UNRWA.

Keputusan itu dikeluarkan melalui satu kenyataan berikutan peningkatan ketenteraan yang berterusan melibatkan Israel dan Amerika Syarikat di satu pihak serta Iran di pihak yang lain.

Kementerian menjelaskan bahawa penggantungan kehadiran bersemuka, yang pada mulanya diumumkan untuk hari Ahad dan Isnin, kini dilanjutkan sehingga hujung minggu. Sepanjang tempoh ini, pembelajaran akan diteruskan secara dalam talian bagi memastikan keselamatan pelajar dan kakitangan sambil mengekalkan kesinambungan proses pendidikan dan akademik.

Penterjemah : Norshuhada Samudin