Categories
Berita Semasa

Pendatang Israel Serang Ambulans Palesti Di Selatan Nablus, Pecahkan Cermin

Rabu, 22/04/2026 – Sebuah ambulans Palestin diserang oleh sekumpulan pendatang Israel pada petang Ahad berhampiran pos pemeriksaan Za’tara, selatan Nablus.

Pegawai ambulans, Bashar Qaryouti, memaklumkan bahawa kumpulan tersebut telah menyerang hendap ambulans Qaryout ketika dalam perjalanan ke hospital berhampiran penempatan “Evitar” di Gunung Sabih dengan membaling batu ke arah kenderaan itu.

Beliau berkata, penyerang memakai topeng dan berpakaian seragam, serta dengan sengaja memecahkan cermin hadapan ambulans, dipercayai menyasarkan kru perubatan.

Dalam perkembangan berkaitan, Suruhanjaya Penentangan Tembok dan Penempatan melaporkan bahawa tentera Israel dan pendatang telah melancarkan sebanyak 1,819 serangan terhadap rakyat Palestin serta harta benda mereka di Tebing Barat sepanjang bulan Mac.

Menurut laporan itu, sebanyak 497 serangan dilakukan oleh pendatang, dengan tumpuan di kawasan Nablus (113 serangan), al-Khalil (110 serangan), serta Ramallah dan al-Bireh (90 serangan).

Penterjemah : Ezatul