
Selasa, 28/04/2026 – Sekumpulan peneroka haram Israel yang bersenjata didapati menyerbu kawasan Sekolah Al-Mughyyir, timur Ramallah, ketika waktu persekolahan sedang berjalan. Penjajah terus-terusan melepaskan tembakan ke arah pelajar dan orang awam. Serangan pengganas itu mengakibatkan kesyahidan Aws Hamdi Na’san, 14 tahun, pelajar peringkat sembilan, dan Jihad Marzouq Abu Na’im 32 tahun. Tiga yang lain turut dilaporkan mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital.
Lebih malang lagi, jenayah tragis itu terjadi ketika kanak-kanak itu sedang tidur bersama kawan-kawan. Ironinya lima tahun sebelumnya mereka juga kehilangan ayah di tempat yang sama, dalam keadaan yang sama. Keadaan ini menggambarkan corak serangan berulang yang menyasarkan keluarga Palestin pelbagai generasi di sekolah ini.
Sekolah yang sepatutnya menjadi ruang selamat tidak lagi dapat mempertahankan dirinya. Malah, kejadian ini merupakan kejadian kedua melibatkan sekolah dalam sehari, apabila ianya berlaku hanya beberapa jam selepas serangan malam yang menyasarkan dan memusnahkan sekolah Al-Maleh, sekaligus sebagai petunjuk jelas peluasan skop keganasan. Keganasan turut dilakukan oleh militia peneroka dengan sokongan rasmi kerajaan penjajah.
Penterjemah : Halimah