Categories
Berita Semasa

Senario Masa Depan Pilihan Raya Umum Dewan Nasional Palestin

Jumaat, 18/09/2026 – Sebuah analisis politik Palestin menilai pemilihan Dewan Nasional Palestin yang dijadualkan pada 28 November akan datang kemungkinan besar akan ditunda.

Penulis dan penganalisis politik Arib Al-Rantawi menilai perdebatan mengenai keputusan presiden, mekanisme pemilihan wakil Palestin di luar negeri, tekanan Israel dan Amerika Syarikat, serta perpecahan di dalam gerakan Fatah menjadikan pilihan raya umum (PRU) dapat dilaksanakan pada tarikh yang dijaualkan hampir mustahil.

Dalam analisis yang disusun Al-Rantawi untuk Pusat Informasi Palestina, proses PRU sejak awal pengumumannya telah mengalami beberapa perubahan yang mencetuskan perdebatan luas.Salah satunya adalah peningkatan jumlah anggota Dewan Legislatif menjadi 200 orang. Mereka kemudian dikaitkan dengan mewakili “wilayah dalam” di Dewan Nasional baru yang mempunyai anggota seramai 350 orang.

Sementara itu, mekanisme pemilihan wakil Palestin di luar negeri masih terbuka melalui apa yang disebut sebagai “majlis pemilih”. Keputusan presiden untuk mengekalkan jumlah anggota Dewan Legislatif melalui proses pemilihan iaitu seramai 132 orang, sementara jumlahnya akan dilengkapi menjadi 200 melalui pelantikan.

Perubahan tersebut, ditambah penundaan pemilihan presiden hingga kuartal pertama tahun depan. Ia menimbulkan pertanyaan mengenai alasan dan konteks politik daripada proses PRU tersebut.

Penterjemah : Dr Osman