Categories
Berita Semasa

Pesakit Gaza dinafikan pemindahan perubatan untuk hari kedua akibat cuti Yahudi

Isnin, 28/09/2026 – Untuk hari kedua berturut-turut, pesakit dan orang yang cedera di Semenanjung Gaza dihalang daripada keluar untuk mendapatkan rawatan perubatan di luar negara selepas lintasan Rafah dan Kerem Abu Salem ditutup kerana cuti perayaan Yahudi, sekali gus menghalang pesakit daripada sampai ke hospital pakar tepat pada masanya.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata dalam satu kenyataan ringkas pada Isnin bahawa tiada pesakit atau rakyat Palestin yang cedera dipindahkan melalui lintasan Rafah atau Kerem Abu Salem untuk hari kedua disebabkan oleh cuti perayaan Israel.

Menurut Yoram Halevy, Penyelaras Aktiviti Kerajaan di Wilayah Israel, lintasan Rafah dan Kerem Abu Salem di selatan Gaza telah ditutup pada hari Ahad dan Isnin kerana cuti perayaan Yahudi.

Penterjemah : Norshuhada Samudin