Categories
Berita Semasa

Britain ancam usir 27 diplomat Israel berhubung konsulatnya di Baitulmaqdis

Rabu, 07/10/2026 – Britain dilaporkan mengancam akan mengusir 27 diplomat Israel yang bertugas di kedutaan negara itu di London sekiranya Israel meneruskan keputusan untuk menutup Konsulat Britain di Baitulmaqdis. London kini meningkatkan usaha diplomatik bagi menghalang pelaksanaan keputusan tersebut sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada Khamis ini.

Menurut laporan Reuters pada petang Isnin, yang memetik tiga sumber yang mengetahui perkara itu, Penasihat Keselamatan Negara Britain, Jonathan Powell, telah melakukan lawatan sulit ke Israel minggu lalu. Beliau dilaporkan mengadakan pertemuan dengan pegawai Israel dalam usaha mencari penyelesaian yang membolehkan konsulat berkenaan terus beroperasi. Bagaimanapun, rundingan tersebut setakat ini masih belum menghasilkan sebarang persetujuan.

Menurut sumber berkenaan, hubungan diplomatik antara kedua-dua pihak terus berlangsung ketika London berusaha mencari jalan penyelesaian sebelum tarikh akhir pada Khamis.

Penterjemah : Farah Najwa