
Rabu, 11/11/2026 – Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin memberi amaran tentang kemerosotan serius keadaan kesihatan dan kehidupan wanita Palestin yang ditahan di Penjara Damon Israel, dengan menyebut penafian makanan secara sengaja, penafian rawatan perubatan, serangan fizikal, dan penderaan psikologi yang mengancam nyawa dan kesejahteraan mereka.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, suruhanjaya itu mengetengahkan keterangan dua wanita Palestin yang pengalamannya mendedahkan keadaan keras di dalam penjara, termasuk rawatan perubatan yang tidak mencukupi, pengurangan ketara dalam portion makanan, sekatan pergerakan, dan penafian keperluan asas.
Tahanan Palestin hilang 42 kilogram akibat pengabaian perubatan
Suruhanjaya itu memperincikan kes Hanaa Mohammed Hassan al-Baydaq, yang telah ditahan sejak 7 September 2025, dan kesihatannya semakin merosot dengan ketara semasa penahanannya.
Sebelum ditangkap, al-Baydaq menghidap tiroid kurang aktif dan memerlukan pemeriksaan perubatan berkala untuk menentukan dos ubat yang sesuai.Bagaimanapun, menurut suruhanjaya itu, beliau tidak pernah diperiksa oleh pakar endokrin sejak memasuki tahanan Israel, walaupun beliau memerlukan pemantauan perubatan khusus.
Keadaannya semakin teruk sejak Julai 2026, apabila beliau menghidap kudis buta, penyakit kulit berjangkit yang menyebabkan kegatalan dan kerengsaan yang teruk.
Suruhanjaya itu berkata beliau tidak menerima rawatan yang diperlukan, menyebabkan beliau terus menderita kegatalan dan kesakitan yang berterusan.Al-Baydaq juga telah kehilangan kira-kira 42 kilogram (93 paun) sejak penahanannya, yang menurut suruhanjaya itu berpunca daripada makanan yang tidak mencukupi, kekurangan zat makanan, dan kualiti pemakanan yang buruk dalam hidangan penjara.
Tahanan wanita dipukul, ditutup mata, dan didedahkan kepada gas
Suruhanjaya itu juga mendokumentasikan serangan ke atas wanita Palestin yang ditahan di Penjara Damon pada 8 Oktober 2026.
Menurut keterangan al-Baydaq, anggota unit Yamaz Perkhidmatan Penjara Israel, bersama seorang pegawai penjara, melakukan serbuan menyasarkan tahanan wanita.
Semasa operasi itu, kakitangan penjara mengikat tangan wanita itu ke belakang, menutup mata mereka, dan menyerang mereka secara fizikal.Mereka juga menyembur gas di dalam sel dan mengenakan penderaan lisan, penghinaan, dan perbuatan yang menjatuhkan maruah terhadap tahanan.
Suruhanjaya itu berkata insiden itu adalah sebahagian daripada pola penindasan dan layanan yang menghina yang lebih meluas yang menjejaskan wanita Palestin dalam tahanan Israel.
Menurut angkanya, 82 wanita Palestin kini ditahan di Penjara Damon, manakala tahanan Palestin Bushra al-Tawil ditahan dalam kurungan bersendirian di luar kemudahan itu.
Wanita-wanita itu juga menghadapi bekalan makanan yang tidak mencukupi, dari segi kuantiti dan kualiti, di samping sekatan ketat untuk mengakses kawasan penjara.Tempoh rekreasi luar adalah tidak teratur dan, apabila dibenarkan, tidak melebihi 30 minit, lapor suruhanjaya itu.
Penterjemah : Norshuhada Samudin