
Rabu, 11/11/2026 – Pegawai kanan Hamas, Abdul Hakim Hanini memberi amaran pada hari Khamis tentang bahaya yang ditimbulkan oleh peneroka haram Zionis yang mengambil alih beberapa rumah Palestin di kawasan al-Duyuk al-Tahta, barat Jericho, dengan alasan membelinya, sebagai sebahagian daripada persediaan untuk menubuhkan sebuah penempatan baharu.
Hanini berkata langkah itu adalah sebahagian daripada dasar penempatan Zionis yang lebih luas yang bertujuan untuk memperluas kehadiran peneroka ke pusat-pusat bandar di seluruh Tebing Barat yang dijajah.
Dalam satu kenyataan, Hanini menegaskan bahawa rancangan sedemikian tidak akan berjaya dalam mengusir rakyat Palestin atau mematahkan keazaman mereka untuk kekal di tanah mereka, mempertahankan hak mereka dan menentang pengusiran, tanpa mengira tahap pelanggaran dan langkah-langkah penindasan Israel.
Beliau menyeru penduduk Jericho dan kawasan lain di Tebing Barat, terutamanya komuniti yang disasarkan oleh rancangan pengembangan penempatan, untuk memperkukuh daya tahan dan usaha kolektif mereka bagi menghadapi langkah-langkah ini.
Hanini menggesa rakyat Palestin agar tidak membiarkan kawasan sasaran terdedah kepada pengambilalihan peneroka haram dan menyeru agar menggerakkan pelbagai bentuk penentangan bagi menggagalkan rancangan penempatan Zionis.
Penterjemah : Ameen