Categories
Berita Semasa

134 pencabulan hak terhadap wartawan Palestin sepanjang bulan Oktober

Jumaat, 13/11/2026 – Jawatankuasa Kebebasan di bawah Kesatuan Wartawan Palestin merekodkan sebanyak 134 kes jenayah, serangan dan pencabulan hak yang dilakukan oleh tentera Israel, platform media berbahasa Ibrani serta mahkamah tentera Israel terhadap wartawan dan institusi media Palestin sepanjang Oktober 2026.

Menurut laporan bulanan jawatankuasa itu, pelbagai bentuk pencabulan hak direkodkan termasuk penahanan, sekatan liputan media, penangkapan, tindakan undang-undang, ugutan serta serbuan ke rumah dan institusi media. Tindakan berkenaan dilihat sebagai sebahagian daripada usaha menyekat tugas wartawan, menghalang mereka daripada membuat liputan serta mendokumentasikan kejadian di lapangan.

Kes penahanan dan sekatan liputan media mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu sebanyak 70 kes. Laporan itu turut merekodkan 27 kes serangan menggunakan bom gas pemedih mata dan bom bunyi, lapan kes serbuan ke rumah serta institusi kewartawanan, selain tujuh kes penangkapan wartawan. Selain itu, tujuh wartawan turut dilaporkan dibawa ke hadapan mahkamah tentera Israel sepanjang tempoh berkenaan.

Penterjemah : Farah Najwa