Categories
Berita Semasa

Lavrov: Israel gagal laksanakan pelan Trump untuk Gaza, tolak penubuhan negara Palestin

Jumaat, 13/11/2026 – Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, pada Selasa lalu menuduh Israel gagal melaksanakan pelan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, bagi Semenanjung Gaza, sambil menyatakan bahawa kerajaan Israel secara terbuka menolak untuk mempertimbangkan penubuhan sebuah negara Palestin.

Lavrov berkata demikian semasa berucap di Forum Keselamatan Kolektif Antarabangsa di Moscow, di mana beliau menyatakan bahawa isu Palestin tidak lagi dibincangkan walaupun terdapat perkembangan pesat yang berlaku di seluruh Timur Tengah.

Menteri Luar Rusia itu berkata Israel telah gagal mematuhi pelan Trump untuk Gaza, yang telah disokong oleh Majlis Keselamatan PBB pada tahun lalu.

Penterjemah : Dr Nurul