Rejim Zionis memukul calon pilihanraya ?

Khamis , 9/12/2004 – Calon piihanraya, Mustafa al-Barghuthi (gambar) mendakwa rejim Zionis (RZ) telah memukulnya dan cuba merosakkan proses pilihanraya.


“Saya kembali dari mesyuarat pilihanraya di Jenin dan kami dihalang oleh RZ berhampiran perkampungan Sanur”, beliau memberitahu wartawan semalam.

“Mereka(RZ) memukul 2 pengawal peribadi saya di bahagian perut dan kepala dan apabila saya cuba menyuraikan, saya pula dipukul di leher dengan belakanga rifle”, lapor beliau.

Mengapa Israel tidak membenarkan calon bebas ?
Kelihatan Mustafa al-Barghuthi sedang berkonfrontasi dengan RZ

“Kemudian mereka menyuruh kami duduk selama sejam sebelum melepaskan kami”

Awal Rabu lalu, beliau yang merupakan calon bebas berkata pada wartawan, RZ tidak membenarkan calon bergerak di dalam Tebing Barat dan antara Tebing Barat dan Jalur Gaza.

“Mereka(RZ) menghalang kami bergerak. Bagaimana kami hendak mengendalikan kempen pilihanraya jika tidak dapat menemui para penyokong?”

al-Barghuthi juga mendakwa terdapat campurtangan dari negara Arab yang dirahsiakan yang menghalang proses pilihanraya Palestin ini.

Juga menjadi persoalan mengapa calon rasmi dari Fatah mendapat layanan istimewa semasa kempen pilihanraya ini ?

“Dia (Mahmud Abbas) bebas bergerak untuk berkempen”