Gaza, Khamis, 9/12/2004 – Juru bicara Brigade Izzuddin al Qassam, sayap tentera gerakan Hamas, menyatakan pihaknya berjaya melakukan serangan hebat yang membunuh perisik Zionis Israel, di timur kota Gaza dalam satu serangan bernama as sahmu ats tsaqib (panah menembus). Serangan ini mengakibatkan ramai tentera Israel terbunuh dan cedera. Al Qassam juga meminta para informer Zionis Israel untuk kembali ke barisan rakyat Palestin dan bergabung bagi menentang Israel.
Kenyataan ini disampaikan al Qassam dalan satu sidang konferen di kota Gaza. Serangan yang begitu hebat itu telah dirancang dengan begitu teliti dan dapat disempurnakan dalam masa 4 bulan. Serangan ini dimulakan dengan penggalian terowong di kawasan pertanian yang tidak jauh dari kawat yang memisahkan antara kota Gaza dan wilayah Palestin terjajah 1948, daerah yang biasa dilewati oleh pasukan khusus Zionis Israel. Selanjutnya, pemasangan bom dilakukan yang mampu menghasilkan letupan besar. Bom yang siap dipasang, mempunyai berat 1.5 ton itu, ditempatkan di dalam terowong tersebut.
Kemudian pihak al Qassam melakukan langkah-langkah yang dapat memperdayakan Israel. Ini dilakukan dengan memberi signal kepada pihak penjajah bahawa seorang pemimpin Hamas berada di lokasi. Apabila pasukan Zionis Israel masuk dan melakukan siasatan di lokasi yang ditentukan, dua orang pejuang al Qassam Mukmin Rajab Muhammad Rajab dan Adham Ahmad Ayisy Hajila, kedua-duanya berasal dari kampung Syujaeya yang berusia 22 tahun, meletupkan bom yang telah disiapkan sebelumnya.
Pihak Zionis Israel mengaku bahawa seorang tentera terbunuh dan 4 yang lain cedera. Namun pihak al Qassam menegaskan bahawa angka korban itu jauh lebih besar dari apa yang diumumkan. Hasil daripada itu, al Qassam menyeru kepada para informer Zionis Israel untuk bertaubat dan kembali ke bersam rakyat Palestin. Semuanya terbuka bagi mereka untuk kembali ke pangkuan bangsa dan bergabung bagi menghadapi penjajah Israel yang telah merampas tanah mereka.
Al Qassam menegaskan serangan itu adalah salah satu kejayaan mereka. Mereka juga merakam serangan itu dan akan memberikan rakaman itu kepada pihak media.