Nazzal : Gaza membongkar realiti Zionis.

Isnin , 16/02/2009 – Mohamed Nazzal selaku anggota biro politik Hamas dalam sesi penutup bagi persidangan kemenangan Gaza di Istanbul yang dianjurkan oleh kempen antarabangsa untuk menentang pencerobohan menyatakan pertempuran di Gaza mengubah segala kriteria dan membongkar realiti “Entiti zionis”.

Nazzal menyatakan satu pertempuran tidak boleh mencapai satu kemenangan muktamad dan sepatutnya ada pusingan bagi pertempuran lain dalam usaha untuk membebaskan Palestin, sambil menambah pejuang Palestin tidak akan meletakkan senjata atau menyerah kalah.

Dalam pada itu, Dr Harith Al-Dhari, Setiausaha agung Persatuan Cendekiawan Islam di Iraq sepanjang sesi penutup berkata kemenangan di Gaza merupakan kejayaan bagi semua usaha perjuangan di seluruh dunia, sambil menambah umat Islam akan memulihkan maruahnya hanya melalui jihad.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  hijjaz79

1 thought on “Nazzal : Gaza membongkar realiti Zionis.

Comments are closed.