Isnin , 16/02/2009 –Syeikh Ra’id Solah, ketua al-Harakah al-Islamiyyah di negara Palestin yang dijajah pada tahun 1948, menyeru para aktivis gerakan tersebut dan pelbagai institusinya agar melipatgandakan usaha dengan berkubu dan melakukan kawalan sepanjang masa di masjid al-Aqsa.
Beliau juga turut menyeru seluruh masyarakat Palestin yang berada di kawasan tersebut untuk menyertai secara aktif segala program yang diadakan bagi membela masjid al-Aqsa, terutamanya perarakan bendera dan pengajian-pengajian ilmu di masjid al-Aqsa.
Beliau menegaskan dalam satu kenyataan yang dibuat pada hari Ahad (15/2) bahawa masjid al-Aqsa sedang melalui fasa paling genting pada ketika ini, bahkan ia adalah fasa penentuan yang menuntut kita memberikan pembelaan kepada masjid al-Aqsa dan bandar al-Quds, serta bersedia untuk melakukan pengorbanan demi membela isu masjid al-Aqsa yang diberkati itu.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
1 reply on “Terkini : Ra’id Solah seru kawalan secara harian di Masjid al-Aqsa elak pencerobohan Zionis.”
adakah syeikh ni yg telah membongkar rahsia terowong. Dan dipenjarakan