Tsunami di Israel


Angka kematian akibat mangsa tsunami (baca: ombak pelabuhan) saban hari makin meningkat. Malaysia antara negara yang menerima bencana terburuk ini. Angka kematian di Malaysia hampir mencecah 100 orang. Walaubagaimanapun, bencana tsunami in turut di rasai gegarannya di Israel (baca: tanah Palestin). Saudara Maszlee Malek melaporkan.


Ketika negara-negara di Asia Tenggara dan juga sekitar Lautan Hindi diserang gempa dan bencana Tsunami, pihak rejim Zionis Isael telah melancarkan serangan ke atas penempatan rakyat Palestin di Khan Yunus di Gaza. Alasan mereka, seperti kebiasaannya, mencari sel-sel pengganas (baca: pejuang) Palestin. Tatkala dunia sibuk menumpukan perhatian kepada mangsa bencana Tsunami, Rejim Zionis Israel meneruskan usaha merobohkan rumah-rumah rakyat Palestin dengan kereta kebal-kereta kebal mereka. Mungkin ramai yang berdoa dan pening memikirkan, mengapakah Tsunami tidak muncul di Israel lantas memusnahkan negara haram bernama Israel dan sekaligus melumpuhkan negara tersebut agar mudah untuk pejuang-pejuang Palestin melawan mereka?, ternyata doa seperti ini amat merbahaya. Logiknya, jika rakyat entiti haram Israel yang diserang Tsunami, pastinya nanti dunia akan bersimpati terhadap mereka sepertimana meeka bersimpati terhadap Aceh, Sri Lanka, kepulauan Maldives dan juga Phuket, Tahiland. Yang pasti jika Tsunami menyerang entiti haram Israel, bantuan yang akan dikirimkan oleh Amerika kepada mereka akan manjadi 10 kali ganda daripada bantuan yang mereka berikan kepada mangsa-mangsa Tsunami 2612!

Ombak Tsunami sedang menyerang …


Walau yang demikian, tidak ramai menyedari rejim Zionis sedang diserang oleh Tsunami dalam bentuk yang lain. Bukan dalam bentuk ombak yang besar dan jahat, tetapi dalam bentuk ketakutan yang tidak terhingga. Benarlah firman Allah di dalam surah al-Hasyr, ayat 13, ?Kamu lebih ditakuti mereka daripada Allah di dalam hati-hati mereka?. Adakah ketakutan itu berpunca dari roket-roket al-Qassam yang dilancarkan setiap hari oleh komando-komando dari briged al-Qassam ?, ataupun dari roket-roket Hound ?, atau juga dari penyerang-penyerang bom syahid ?

Tidak, walaupun itu semua telah menakutkan mereka semenjak dari terletusnya Intifadah 2000 lagi, namun ianya bukanlah Tsunami yang dimaksudkan di sini. Walaupun tindakan-tindakan tersebut telah berjaya memaksa rejim Zionis Israel mendirikan tembok pemisah di Tebing Barat, memaksa pengunduran tentera mereka seperti yang direncanakan oleh Sharon menjelang Mac 2005, memaksa penghijrahan lebih daripada 50,000 rakyatnya ke negara asal mereka dan 1001 lagi reaksi ketakutan mereka demi menyelamatkan nyawa, namun ianya belum lai boleh disifatkan sebagai Tsunami yang melanda rejim tersebut. Walau bagaimanapun reaksi-reaksi mereka ini telah mengiyakan firman Allah berkaitan kaum Yahudi di dalam surah al-Baqarah, ayat 96: ?Dan kamu akan dapati mereka adalah orang-orang yang paling mementingkan kehidupan di dunia?.

Tsunami yang mereka takutkan kini ialah penglibatan HAMAS di dalam arena politik dan kemenangan mereka di dalam pilihanraya-pilihanraya tempatan di Tebing Barat dan Gaza. Untuk apa mereka takutkan perkara yang sedemikian ?, jawapannya mudah sahaja, ianya akan memberikan logo halal kepada HAMAS di mata dunia sepertimana pewarna rambut Wella mendapatkan logo halal dari JAKIM!

Kemenangan calon-calon HAMAS di dalam pilihanraya tempatan di Tebing Barat baru-baru ini telah benar-benar menakutkan rejim Zionis. Bagi HAMAS yang memasuki pilihanraya tempatan buat pertama kalinya, kemenangan di lebih 1/3 daripada kerusi-kerusi yang telah dipertandingkan telah cukup untuk memberikan isyarat bahawa di dalam pilihanraya akan datang mereka akan menyapu bersih kerusi-kerusi tersebut. Jika andaian yang sedemikian benar-benar berlaku, pastinya rejim Zionis terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada sebarang usaha untuk memperkudakan rakyat Palestin melalui apa yang mereka sering namakan sebagai ?Perjanjian Damai?. Yang pasti, rejim Zionis akan berusaha memastikan HAMAS tidak akan lagi memenangi sebarang kerusi di dalam pilihanraya tempatan di Gaza nanti, namun ini agak mustahil, kerana Gaza merupakan tempat kelahiran HAMAS. Di Gaza jugalah berhimpunnya para pemimpin-pemimpin HAMAS sepertimana Tebing Barat menjadi lubuk bagi penyokong-penyokong dan juga pemimpin-pemimpin Fatah. Jika di Tebing Barat pun mereka boleh menyebabkan Fatah bergoyang, apatah lagi di Gaza!

Kereta aktivis HAMAS yang dibedil rejim Zionis pada 28/12/2004 yang lalu di Gaza.


Ini yang paling menakutkan rejim Zionis. Bayangkan jika HAMAS berjaya menyapu bersih kerusi-kerusi di Gaza, Pastinya akan wujud pemerintahan tempatan HAMAS yang akan membentuk pendapat massa menurut aspirasi perjuangan HAMAS. Maka akan berasa kekoklah sang presiden PA (yang pastinya nanti akan disandang oleh Mahmud Abbas) memerintah rakyat yang tidak menyebelahinya dan rakyat yang akan berusaha memastikan dia sentiasa melakukan tindakan sesuai dengan kehendak mereka. Ini tidak mustahil, Khalil al-Shaqaqi di dalam majalah Foreign Affairs telah menyatakan bahawa sokongan rakyat Palestin kepada HAMAS telah meningkat dari 17% sebelum Intifada 2000 kepada 35% pada tahun 2004 melalui kajian dan observasi yang telah beliau jalankan di Gaza dan Tebing Barat. Maknanya, rakyat sememangnya telah melihat bahawa HAMAS merupakan pilihan alternatif mereka setelah mereka kecewa dengan Fatah dan juga korupsi yang telah dilakukan oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin PA .

Atas dasar inilah pihak rejim Zionis telah melakukan pelbagai usaha untuk menghalang HAMAS dari memenangi majoriti pilihanraya tempatan di kedua-dua tanah autonomi tersebut. Antara yang mereka lakukan ialah menangkap calon-calon popular HAMAS yang akan bertanding demi memastikan HAMAS tidak berupaya meletakkan nama-nama yang hebat dan seterusnya gagal meraih sebarang kerusi di Gaza nanti. Mereka juga telah berusaha menyerang bandar-bandar di Gaza, seperti apa yang mereka lakukan di Khan Yunus agar wujud ketidak stabilan yang akhirnya akan menyebabkan pilihanraya tempatan di Gaza tidak akan berlangsung kerana suasana darurat. Mereka juga berusaha untuk memancing Mahmud Abbas agar menekan pihak HAMAS dan mengharapkan agar peperangan saudara di antara HAMAS dan Fatah akan berlaku. Sayangnya kenyataan Mahmud Abbas di Gaza pada 2 Januari 2005 bahawa beliau akan melindungi para pejuang HAMAS dan fraksi-fraksi penentangan lain dari kejahatan Zionis seakan-akan menghampakan pihak Zionis. Kita tidak meragui kata-kata Abbas yang merupakan seorang pragmatik, tetapi situasi beliau yang terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat untuk memenagi kerusi presiden PA telah menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan yang sedemikian rupa. Pastinya HAMAS juga tentunya bijak mengatur strategi untuk memastikan Abbas benar-benar mengotakan apa yang telah beliau katakan.

Tsunami yang melanda entiti haram Israel ini juga mempunyai asas yang kukuh. Pengunduran keseluruhan tentera-tentera Zionis dan juga penduduk-penduduk Yahudi dari bumi Gaza secara keseluruhan akan membuka ruang kepada HAMAS untuk berkuasa dan akhirnya mendapatkan sokongan antara bangsa di atas perjuangan mereka jika HAMAS mendapat mandat daripada majoriti penduduk Gaza. Maka yang pastinya hari-hari yang mendatang ini akan meyaksikan pelbagai lagi usaha rejim Zionis untuk memastikan HAMAS tidak akan berkuasa secara halal di kedua-dua bumi autonmi tersebut dan juga mendapat pengiktirafan antarabangsa.