Rabu, 5/1/2005 – Serangan terbaru rejim Zionis (RZ) semalam telah mengorbankan 8 orang rakyat Palestin di utara Jalur Gaza iaitu Beit Lahya. Kereta kebal RZ menembak ke arah sekumpulan petani di ladang strawberi di Fad’ous.
Mayat yang dijumpai berkecai, sumber perubatan melaporkan. “Kami mengutip mayat, 3 daripada mereka adalah remaja. Mayat berkecai” , sumber dari hospital Kamal Odwan melaporkan.
3 daripada mayat tersebut adalah sepupu iaitu Hani Ghaban, Mohammed Ghaban, Rajeh Ghaban dan Rajeh Kaseih.
Manakala di Tebing Barat iaitu di bandar Qalqilia, 2 remaja ditangkap iaitu Mahmoud Matar, 18 thn dan Salah Hourani, 24 thn
Di Bethlehem, mahkamah Israel menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Ibrahim Sarahna, penduduk kem pelarian al-Dehaisheh.