Perdana Menteri Turki solat di masjid al-Aqsa

Rabu, 5/1/2005 – PM Turki, Abdullah Gul (gambar) telah melawat masjid al-Aqsa di Jerusalem hari ini dalam rangka lawatan selamat 3 hari bermula Selasa (4/1/2005) berhubung peranan Turki dalam proses damai Israel-Palestin dan Israel-Syria.


Kemunculan Gul bertepatan dengan terkorbannya 8 orang petani di utara Gaza sewaktu mengutip hasil tanaman. Walaubagaimanapun, pegawai Turki enggan memberi komen. Delegasi Turki ini diiringi oleh para akademik dan para sejarawan dari Ankara dan Istanbul telah berkesempatan melawat Haram al-Sharif termasuk Dome of Rock.

Mungkinkah selepas ini, ramai lagi suara negara Islam akan muncul untuk menjadikan isu Palestin ,isu seluruh umat Islam ?


Gul dan isterinya selepas itu melakukan solat di masjid al-Aqsa dengan kawalan pihak rejim Zionis di luar masjid. Bercakap dengan Majlis Tertinggi Muslim yang menguruskan tempat2 suci di Jerusalem, Gul dilaporkan berkata, “Keselamatan tempat ini (al-Aqsa ) perlu menjadi perhatian utama kepada seluruh umat Islam. Ini bukan isu rakyat Palestin dan Arab sahaja.”

Masjid al-Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum Nabi Muhammad SAW menerima wahyu supaya dialihkan ke Makkah.

Lawatan PM Turki ini mencerminkan pendirian Turki akan isu Palestin ini merupakan isu seluruh umat Islam bukan isu terpencil rakyat Palestin