Jumaat, 7/1/2005 – Pegawai kerajaan Palestin mengkritik keputusan mahkamah Israel menghalang tahanan Palestin daripada mengundi dalam pilihanraya presiden Ahad ini (9/1/2005).
“Ia sesuungguhnya keputusan yang tidak berasas. Ia adalah tidak sah dan bermotifkan politik. Mahkamah secara terang menyokong kerajaan Israel utk menghalang tahanan Palestin dari membuang undi “, komen Hisham Abd al-Raziq, Menteri Hal Ehwal Penjara semalm.
Mahkamah Israel telah menolak rayuan oleh Abd al-Raziq bagi membenarkan tahanan Palestin membuang undi bagi memilih pengganti Yasir Arafat. “Ini merupakan hak mutlak rakyat Palestin untuk menyertai pilihanraya ini. Keputusan tersebut sama sekali menyalahi hak kemanusiaan rakyat Palestin. Kami akan terus berusaha utk memastikan hak rakyat Palestin”.
Bulan Jun ini akan berlansung pilihanraya legislatif/penggubal undang-undang bagi seluruh kawasan Palestin