12 Rejim Zionis Cedera Semalam Akibat Serangan Pejuang Palestin

Khamis, 6/1/2005 – Brigade Izz al-Din al-Qassam mengaku bertanggungjawab melepaskan 2 roket kearah pengkalan tentera rejim Zionis semalam (5/1/2005). Wakil al-Jazeera , Wail al-Dahduh melaporkan dari Gaza serangan itu berlaku di pengkalan tentera Nahal Oz, timur Jalur Gaza.

12 rejim Zionis cedera. 10 daripada mereka cedera ringan manakala 2 lagi cedera teruk. Salah satu roket jatuh di kawasan Sderot di utara Jalur Gaza memusnahkan penempatan Yahudi di Ghibin.

Rejim zionis yang cedera (kanan)

Serangan ini datang setelah serangan secara gabungan antara Brigade al-Aqsa (sub kepada Fatah) dan Brigade al-Quds (sub kepada Jihad) ke atas pengkalan tentera Erez milik rejim Zionis

Kempen presiden tetap berjalan walaupun suasana agak meruncing. Mahmoud Abbas merupakan calon ‘istimewa’ kerana dibenarkan oleh rejin Zionis berkempen di timur Jerusalem tetapi calon lain tidak pula dibenarkan.