Khamis, 19/03/2009 – Ketua Biro Politik HAMAS, Khalid Mesh’al menghargai dan mengalu-alukan pendirian kerajaan Bahrain yang menyokong rakyat Palestin semasa serangan Zionis terhadap Semenanjung Gaza baru-baru ini.
Penghargaan ini diberikan semasa pertemuan delegasi HAMAS yang diketuai oleh Khalid Mesh’al pada hari Isnin (16/3) dengan Syeikh Hamad ibn Isa Al Khalifah, Raja Bahrain dalam rangka lawatan rasmi yang dilakukan delegasi tersebut ke Bahrain.
Mesh’al menyatakan dalam satu kenyataan akhbar yang diterima oleh Pusat Media Palestin bahawa dia menyampaikan penghargaan dan terima kasih yang mendalam bagi pihak HAMAS dan rakyat Palestin terhadap pendirian mulia yang ditunjukkan oleh raja, kerajaan dan rakyat Bahrain yang memberikan sokongan kepada rakyat Palestin dan mewujudkan penyelesaian menyeluruh kepada perpecahan politik di kalangan rakyat Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir