Categories
Berita Semasa

Tuduhan Zionis palsu, percubaan menekan HAMAS.

Khamis, 19/03/2009 – Seorang pimpinan HAMAS, Dr Khalil Abu Lailah menyifatkan kenyataan regim Zionis bahawa HAMAS berpendirian keras dalam perjanjian pertukaran tawanan sebagai dusta dan palsu. Beliau menegaskan pendirikan HAMAS tidak pernah berubah semenjak penawanan Gel’ad Shalit, seorang tentera Zionis.

Beliau menegaskan dalam kenyataan akhbar pada hari Selasa (17/3), bahawa regim Zionis bertujuan menangguh-nangguh waktu di sebalik kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan itu, juga untuk memberikan tekanan kepada HAMAS serta mengugut mereka agar menggugurkan beberapa tuntutan dalam perjanjian tersebut. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan HAMAS akan tetap dengan pendiriannya.

Beliau berkata perantara Mesir yang menaja perjanjian pertukaran tawanan itu telah memaklumkan bahawa HAMAS tidak pernah mengubah pendiriannya sekaligus menafikan dakwaan kerajaan regim tersebut. Beliau juga meyakini regim Zionis akhirnya akan tunduk kepada syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak Palestin bagi pembebasan tentera Zionis yang ditawan itu.

Beliau juga menyatakan perbincangan masih berlangsung dan sedang menunggu keputusan mengenainya, khususnya selepas mesyuarat kerajaan regim Zionis hari ini (Selasa) yang akan mengisytiharkan pendiriannya terhadap isu tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir