100 Syahid, Sejak Pengumuman Pilihanraya Palestin


Gaza, Isnin, 10/1/2005 ? Sejak 14 November yang lalu, di mana tarikh pilihanraya Palestin diumumkan, tentera Zionis-Israel telah membunuh seramai 100 rakyat Palestin.

Bandar-bandar Palestin secara terus-menerus diserang oleh Zionis-Israel baik dengan tembakan kereta kebal, helikopter dan pesawat tempur mereka sehingga menyebabkan kematian orang awam. Di samping itu, puluhan keluarga Palestin terpaksa berpindah keluar dari rumah mereka kerana keadaan rumah yang hancur sama sekali.

Kedengaran juga letupan besar di salah satu pos tentera Zionis-Israel di sebelah selatan Semenanjung Gaza. Menurut saksi di wilayah itu, letupan berlaku berhampiran kem pelarian Rafah sehingga menyebabkan kebakaran di bahagian depan pos tentera Zionis-Israel. Tidak lama selepas itu, terjadi serangan tembak-menembak antara kumpulan pejuang Palestin dan tentera Zionis-Israel.

Sehingga ini, pihak keamanan Palestin dan tentera Zionis-Israel masih belum dapat memastikan siapa yang bertanggungjawab ke atas letupan itu.