Israel masukkan tahanan gila ke sel tahanan Hamas.

Isnin,  23/03/2009 – Jabatan tahanan kerajaan Palestin menegaskan bahawa tindakan yang dilakukan Israel menekan tahanan Hamas dan meningkatkan siksaan termasuk dengan memasukkan tahanan gila ke sel adalah bukti kebuntuan, kebingunan dan tekanan mereka dalam menghadapi ketegaran Hamas. Tindakan Israel itu tidak akan berjaya melumpuhkan sikap tegar fraksi-fraksi pejuang Palestin yang ingin kesepakatan perjanjian pertukaran tahanan sesuai dengan syarat-syarat mereka.

Dalam satu kenyataannya, Sabtu (21/3), jabatan tersebut menjelaskan bahawa apa yang dilakukan oleh Israel terhadap tahanan adalah reaksi dendam kerana kegagalan mereka mendapat persepakatan dalam proses pertukaran tahanan. Tindakan itu juga dilihat sebagai kegagalan mereka menekan tahanan pejuang-pejuang Palestin melalui pelbagai cara sebelum ini.

sumber : COMES
penterjemah : osman