Kemenangan Abbas Telah Di jangka.


Gaza, Selasa, 11/1/2005 – Ismail Abu Haneya, juru cakap HAMAS dilaporkan telah berkata bahawa kemenangan Mahmoud Abbas di dalam pilihanraya pemilihan presiden semalam telah dijangka. Ini, kerana menurut beliau, Abbas tidak menemukan pencabar sebenarnya yang benar-benar mempunyai kredebiliti di mata rakyat Palestin.

Walau bagaimanapun, mewakili pihak HAMAS, dia menyeru agar Abbas mengutamakan kesatuan rakyat palestin dan tidak hanya menjadi boneka Zionis dan Amerika Syarikat.

Ismail juga menegaskan perlunya Abbas komited terhadap janji-janjinya berkaitan undang-undang kepulangan rakyat Palestin (Law of Return) dan juga isu Baitul Maqdis. Menurutnya lagi HAMAS akan tetap konsisten dengan prinsip penentangan mereka terhadap penjajah Zionis dan menekankan bahawa pemilihan presiden PA yang baru ini tidak akan merubah pendirian HAMAS.