Gaza, Rabu, 12/1/2005 – Dr Mahmoud Al-Zahhar, salah seorang pemimpin pergerakan HAMAS di Jalur Gaza, menegaskan bahawa presiden Mahmoud Abbas tiada kuasa utk menghentikan penentangan terhadap rejim Zionis.
Zahhar, dalam sidang akhbar semalam berkata, jika Abbas ingin mendapatkan hak utk menghentikan, beliau perlu bertanya kepada rakyat Palestin di luar kawasan Tebing Barat dan Jalur Gaza. Mereka hidup dalam keadaan terbuang dan jumlah mereka terlalu ramai.
Hamas menurutnya akan bekerjasama dengan presiden yang mengutamakan isu seperti persoalan Jerusalem, pelarian, tanah yang diduduki Israel, memerangi rasuah, kempen media terhadap penentangan rejim Zionis, isu pendidikan dan pengunduran koloni penempatan Yahudi di tanah Palestin.
Zahhar menegaskan Hamas tidak akan menyerahkan senjata kepada PA (Palestinian Authority) kerana terdapat dakwaan Hamas akan meminta bantuan Abbas untuk melindungi rakyat Palestin apabila mereka diserang rejim Zionis.
“Selagi berlaku tindakan keganasan oleh rejim Zionis, tiada siapa boleh melucutkan senjata kami” tegas beliau.
Zahhar berkata , masa depan hubungan PA dan Hamas bergantung kepada polisi akan datang PA. Hamas dijangka sedang mengkaji kebarangkalian utk menyertai pilihanraya penggubal undang2 yg dijadualkan pada bulan Jun akan datang.