Isnin, 23/03/2009 – Tentera Israel pada hari Isnin menahan Sheikh Ra’ed Salah (berkupiah) , Ketua Pergerakan Islam 1948, semasa menghadiri perayaan meraikan Jerusalam ibu negara Arab 2009.
Akhbar melaporkan tentera Israel menyerbu khemah yang disediakan untuk perayaan tersebut semasa Sheikh Salah hendak memberi ucapan untuk liputan akhbar. Seramai 8 orang lain ditahan bersama di dalam khemah tersebut.
Tentera Israel menuduh liputan akhbar tersebut di bawah kelolaan Hamas dan menghalang Sheikh Salah dari menghadirinya termasuk melarang wartawan serta orang awam menghadiri perayaan tersebut atas alasan kawasan itu merupakan kawasan larangan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous