Categories
Berita Semasa

Program Palestin Malam Ini !!

Kita sekali lagi menerima tetamu khas dari Gaza, kali ini beliau adalah isteri kepada As Syahid Abd Aziz Rantisi. Forum yang dijangka akan memberikan input yang baik dan berguna kepada kita semua tidak sepatutnya dilepaskan begitu sahaja. Untuk menerima tetamu ini khasnya dari Gaza bukan satu yang mudah apatah lagi kepada mereka yang terkenal dengan penentangan mereka terhadap Israel.

Semangat juang dan istiqamah mereka merupakan intipati kepada kejayaan perjuangan menentang penjajah Israel. Datanglah beramai-ramai untuk mendengar sendiri dari mereka yang benar-benar berjuang untuk agamanya di bumi Palestin. Kedatangan anda dinanti oleh mereka yang datang jauh untuk melihat saudara-saudara mereka di luar sana adakah ia benar-benar menyokong dan bersimpati dengan perjuangan mereka. Tunjukkan sokongan dan simpati anda.

sumber

One reply on “Program Palestin Malam Ini !!”

MasyaAllah, beruntungnya As-Syahid Abdul Aziz Rantissi,
mendapat isteri yang kuat semangat perjuangan seperti ini…

Comments are closed.