Baitul Maqdis, Rabu, 12/1/2005 – Di kala kesibukan dunia dengan peristiwa Tsunami, pihak rejim Zionis telah sekali lagi melakukan onar terhadap kesucian kota Baitul Maqdis. Segala nama-nama jalan, bangunan, tempat dan juga kesan-kesan lama dari Bahasa Arab kepada Bahasa Ibrani dan juga nama-nama Yahudi.
Langkah ini bertujuan untuk memadamkan secara halus hubungan di antara kota suci ini dengan umat Islam. Ianya juga merupakan teknik serangan pemikiran terhadap generasi akan datang di sana. Pertukaran tersebut juga secara tidak angsung akan dijadikan hujah bahawa mereka mempunyai hak keatas premis-premis tersebut sekaligus menafikan hak penduduk asal Arab (samada Islam mahupun Kristian) terhadap tempat-tempat itu.
Rejim Zionis dilaporkan kini sedang bersiap-siap untuk menghadapi sebarang kemungkinan serangan ekstrimis Yahudi ke atas Masjid al-Aqsa.