Nazzal: HAMAS tiada kaitan dengan Mesir dan isu Hizbullah.

Khamis,  16/04/2009 – Sidang anggota politik HAMAS, Mohammed Nazzal menegaskan gerakannya tiada kaitan dengan isu Lebanon Hizbullah dan kerajaan Mesir. Nazzal berkata kepada akhbar Al-Quds Al-Arabi terbitan semalam (Selasa) yang mana gerakan HAMAS bersimpati kepada parti Hizbullah yang berhadapan dengan kempen menentang mereka. Beliau menyatakan bantuan ke atas rakyat Palestin dan menyalurkan senjata kepada mereka bukan atas dasar perang tetapi lebih kepada melindungi.

“Kami menghargai atas bantuan negara Arab atau pertubuhan Islam untuk rakyat Palestin dalam semua keadaan,” kata Nazzal. Malah beliau menambah, HAMAS tidak pernah berhubung dengan Cairo atau Hizbullah atas isu berbangkit yang mana kerajaan Mesir menangkap beberapa orang yang dari parti Lebanon ketika membekalkan senjata kepada Gaza.

Beliau menambah lagi, HAMAS tidak akan menjadi dalang antara kedua-dua parti. Ditanya samada HAMAS setuju Hizbullah akan menyerang tentera Israel dari sempadan Gaza, Nazzal mengulas bahawa Hizbullah tidak perlu berada di tanah rakyat Palestin. Beliau turut menyatakan yang mana tentera Palestin sendiri akan melakukan penentangan tanpa bantuan pertubuhan lain. Akhir sekali beliau menyatakan bahawa rakyat Palestin hanya memerlukan bantuan kewangan, senjata, makanan dan ubat-ubatan

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ 
penterjemah :  ammar

1 thought on “Nazzal: HAMAS tiada kaitan dengan Mesir dan isu Hizbullah.

Comments are closed.