Al-Raqb: HAMAS akan tetap bebaskan tawanan.

Jumaat,  17/04/2009 – Hammad al-Raqb jurucakap media bagi HAMAS di daerah Khan Yunous menegaskan gerakannya telah berjanji dan bertegas akan tetap berusaha untuk membebaskan tawanan Palestin dalam penjara Zionis, walau bagaimana besar pengorbanan yang terpaksa ditanggung.

Beliau berkata dalam satu seminar yang dianjurkan oleh ‘Persatuan Pemudi Islam’ di Pusat Kebudayaan di al-Qararah, bersempena ‘Hari Tawanan’ pada Rabu (15/4), “orang-orang tawanan telah memberikan kepimpinan kepada para pemimpin di luar penjara, sekalipun mereka menghadapi kesulitan, kepayahan dan kesusahan yang besar dalam tahanan.”

Beliau juga menegaskan keberanian dan kemenangan yang dikecapi pihak pejuang adalah berpunca daripada orang-orang yang ditawan dan orang-orang yang telah syahid, sebagaimana semangat tinggi yang ditunjukkan oleh rakyat Palestin juga adalah hasil langsung daripada kesabaran tinggi yang ditunjukkan oleh keluarga mereka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir