Asthal: Penundaan pertukaran tawanan hanya akan memberatkan syarat perlawanan.

Isnin,  20/04/2009 – Anggota parlimen dari Hamas, Dr. Yunus Al-Ashtal menegaskan pentingnya para pejuang bertegas terhadap tuntutannya sehingga mendapatkan kesempatan untuk membebaskan seramai mungkin tawanan Palestin dari penjara Israel.

Dalam program yang diadakan oleh Pertubuhan Waid dengan kerjasama gerakan pembebasan Palestin serta kumpulan reformasi di Khan Yunis Khamis (16/4) Ashtal mengatakan, para tawanan Palestin ketika ini, sebenarnya bukan tinggal di penjara, namun mereka tinggal di sebalik pagar ketakutan dan sikap pengecut Israel dalam menghadapi perlawanan.

sumber : COMES
penterjemah : osman