Al-Zahhar: Delegasi HAMAS ke Kaherah akhir April ini bagi mengemukakan jawapan terhadap cadangan perdamaian.

Isnin,  20/04/2009 – Dr Mahmoud al-Zahhar, pimpinan HAMAS berkata HAMAS telah mengkaji segala cadangan yang dikemukakan bagi melaksanakan perdamaian Palestin, termasuk cadangan Mesir. Delegasinya akan menuju ke Kaherah pada akhir bulan ini bagi menyemukakan jawapan terhadap cadangan-cadangan tersebut.

Semasa lawatannya ke Hospital Lapangan Jordan di Gaza pada Khamis (16/3), al-Zahhar menegaskan kepada stesen TV kabel al-Quds bahawa pihak pejuang Palestin telah mencapai banyak persetujuan semasa dialog di Kaherah. Hanya tinggal beberapa isu kecil sahaja lagi yang masih tergantung namun ia mempunyai kesan strategik yang besar.

Dalam perkembangan lain, beliau menjelaskan bahawa HAMAS tidak pernah dan tidak akan memandang kecil keselamatan dan keamanan mana-mana negara Arab, dan ia bukanlah polisinya. Penjelasan ini sebagai isyarat kepada perbicaraan yang sedang dijalankan oleh Jordan terhadap tiga individu yang dituduh melakukan intipan bagi kepentingan HAMAS.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir