Isu “Mubarak can go to hell!” ?

Khamis,  23/04/2009 – Sumber Israel melaporkan Ketua Perisikan Mesir bersama ketua perunding negara itu bercadang untuk melawat Israel Rabu ini bagi mengadakan perbincangan dengan pegawai-pegawai Israel, namun akan cuba mengelak untuk bertemu dengan Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman.

Omar Suleiman (gambar) merancang untuk bermesyuarat dengan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, Menteri Pertahanan, Ehud Barak dan timbalannya Matan Vilnai. Masih belum pasti sama ada mesyuarat dengan Lieberman akan berlangsung, tetapi Mesir dikatakan akan memulaukan menteri itu berikutan kenyataan beliau tahun lepas terhadap Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Sewaktu sesi Knesset tahun lepas, Lieberman membidas Presiden Mesir kerana tidak melawat Israel  dengan berkata “Mubarak can go to hell!”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ 
penterjemah :  hijjaz79

1 thought on “Isu “Mubarak can go to hell!” ?

  1. Salammm.

    Omar Suleiman ni nak jadi talam dua muka.Berhati-hati dengan tindakannya.Atau patut di pancung je…tidak membantu dalam memperjuangkan Islam dan orang Islam di Palestin.

Comments are closed.