Categories
Foto/Video/Muzik

(Terkini) Lieberman diajak pula ke Mesir walaupun telah berkata “Mubarak can go to hell”.

Khamis,  23/04/2009 – Sumber Israel melaporkan Rabu lalu bahawa Ketua Perisikan Mesir, Omar Suleiman yang merupakan individu yang bertanggungjawab secara tidak langsung mengenai pertukaran tahanan dan perbincangan gencatan senjata dengan Hamas, telah menjemput Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman untuk melawat Mesir.

Semasa melawat Israel, Suleiman bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak.

Suleiman bertemu Lieberman selama 50 minit dan menjemput beliau untuk melawat Kaherah. Jemputan itu memberi makna besar kepada Israel kerana Mesir pada mulanya dikatakan tidak mahu mengadakan perbincangan dengan Lieberman disebabkan beliau menghina Presiden Mesir, Hosni Mubarak secara terbuka.

sumber : http://www.imemc.org 
penterjemah :  hijjaz79

One reply on “(Terkini) Lieberman diajak pula ke Mesir walaupun telah berkata “Mubarak can go to hell”.”

Pergi MAMPOS LA mubarak n yahudi lieberman..Kedua dianya pada aku adalah SYAITAN BESAR yg menjadi masalah buat ummat islam…

Comments are closed.